Pakcik Beli Ikan Berbau Ini Bukan Untuk Kucing, Tetapi Untuk Keluarga

loading...

Petang itu, Azhar, isteri dan anaknya pergi ke pasar ikan. Si isteri minta udang segar, Azhar belikan udang 2 kilogram, RM70. 

Di tepi mereka, ada seorang pakcik itu mengambil ikan yang agak berbau, ikan baja dan bayar RM2. 

"Pakcik nak bagi makan kucing ke? Ikan itu tak berapa elok, anjing di kebun ayah pun tak nak makan, berbau" kata Iqram, anak Azhar. 

Pakcik itu terus gosok kepala Iqram sambil berkata, "Anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak menoreh getah lagi, tak larat. Ikan ini bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing tetapi untuk keluarga pakcik."

Azhar tergamam, lalu meminta maaf berkali-kali dengan pakcik itu. Orang-orang di pasar ikan semua terdiam. Iqram terus menangis, meminta maaf pada ayah. Iqram ingat pakcik itu hendak beri kucing makan ikan yang dibeli. 

Terus Azhar beli ketam dan udang pada pakcik itu. Berat juga pakcik itu mahu mengambil tetapi bila melihat Iqram menangis, dia gosok kepala Iqram dan ucap terima kasih. 

Malam itu, bila isteri hidangkan ikan masak stim dan udang goreng, terus air mata Azhar berderai. 

"Emak makan apa di kampung, malam ini?" soalnya. 

Sewaktu kecil dulu, Azhar juga melalui perkara yang sama. Mak kutip ikan yang tidak sesuai buat keropok di dalam tong ikan, untuk lauk nasi kami sekeluarga. 

Hari ini, Allah swt mengingatkan Azhar lagi dari mana Azhar datang. Sebenarnya kesusahan itu nikmat, merasai kesukaran orang lain untuk survival hidup setelah kita mendapat lebihan rezekiNya. Di atas rezeki itu kita ada hak untuk mereka. 

Ya Allah ya Rabbku, tetapkanlah hati kami dalam memahami hikmahMu. Jauhkanlah kami dari bangga diri ya Allah. - Hazaruddin Abdullah | The Reporter
loading...

0 Response to "Pakcik Beli Ikan Berbau Ini Bukan Untuk Kucing, Tetapi Untuk Keluarga"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close