Culik Bayi Berusia 5 Hari, Pasangan Mengaku Tidak Bersalah

loading...

PASIR MAS - Pasangan suami isteri yang menculik seorang bayi perempuan berusia 5 hari di Hospital Tanah Merah 15 November lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas tuduhan menculik, lapor Harian Metro.

Tertuduh, Ahmad Abdul Muizz Abdul Halim, 26, dan isterinya, Nur Rashedah Che Faizo, 23, mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan terhadap pertuduhan berkenaan. 

Berdasarkan pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama menculik bayi perempuan berusia 5 hari yang belum diberi nama di Wad 2 Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah, jam 6.47 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Idham Abdul Ghani, manakala pasangan berkenaan tidak diwakili peguam. 

Mahkamah menetapkan 22 Disember depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Dalam kejadian 15 November lalu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Asri, 29 dan isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, terkejut apabila mendapati bayi mereka yang baru berusia lima hari hilang dari hospital. 

Bagaimanapun, atas tindakan pantas pihak polis, bayi mereka berjaya ditemui semula. 

Berikutan itu, Ithisyamuddin dan isterinya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital yang didakwa cuai sehingga menyebabkan anak mereka begitu mudah dibawa keluar dari hospital. - The Reporter

Artikel berkaitan:
loading...

0 Response to "Culik Bayi Berusia 5 Hari, Pasangan Mengaku Tidak Bersalah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close