Video Wartawan NTV7 Dikejar Anjing Ketika Membuat Liputan Cuit Hati Netizen

loading...

Video seorang wartawan dan jurukamera NTV7 dikejar anjing viral di media sosial cetus rasa geli hati netizen. 

Video yang dimuat naik oleh Sarah Abdullah Al Qudsi pada 24 September 2011 itu, dikongsi 440 pengguna di Facebook dan tersebar kembali di media sosial.

Dalam video tersebut, Mastura Malak, yang sedang membuat liputan tidak sedar akan kehadiran dua ekor anjing yang datang dari belakangnya. 

Terkejut dengan kehadiran dua ekor anjing itu, jurukamera segera melarikan diri dan Mastura sempat menjerit, "Mak!"


Video pendek itu membuatkan netizen teringin tahu apa yang terjadi selepas itu. 

"Apa yang terjadi selepas itu, dua ekor anjing itu menjadi cuak dan lari lintang pukang sebab saya menjerit kuat sangat," katanya. 

Menurut Mastura, jurukameranya terlebih dahulu melarikan diri tanpa memaklumkan kepadanya akan kehadiran dua ekor anjing berkenaan. 

Susulan kejadian itu, Mastura menjadi 'bahan' bualan rakannya selama sebulan.  

Difahamkan, Mastura tidak lagi bekerja sebagai wartawan NTV7. Beliau kini mempunyai perniagaan sendiri. - The Reporter
loading...

0 Response to "Video Wartawan NTV7 Dikejar Anjing Ketika Membuat Liputan Cuit Hati Netizen"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close