(VIRAL) Sampai Hati Campak Kat Longkang !

loading...
Sampai Hati Campak Kat Longkang

Kulai: Bayi perempuan yang masih bertali pusat seberat 2.9 kilogram ditemui masih hidup dan dalam keadaan selamat di dalam longkang di belakang rumah di Taman Jaya Sepakat , Senai, pada 4.30 petang semalam
Ketua Polis Daerah Kulai Superitenden Razak Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan dari penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan penemuan bayi berkenaan yang dalam keadaan tanpa pakaian.
Katanya, berdasarkan keadaan bayi, dipercayai ia baru dilahirkan dan masih berdarah serta bertali pusat.
“Tubuhnya lemah dan agak kebiruan.
Bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Kulai dan pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dipercayai ia dilahirkan kira-kira sejam sebelum ditemui,” katanya.
Razak berkata, sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil menuntut bayi itu.
“Usaha mengesan ibu kandung dan warisnya sedang dijalankan. Bayi berkenaan akan diserah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Kes diklasifikasikan sebagai membuang bayi dan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi polis,” katanya.
loading...

0 Response to "(VIRAL) Sampai Hati Campak Kat Longkang !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close