(TRENDING) Subhanallah... Lihat Ikan Emas Lalui Pembedahan Menakjubkan Buang Ketumbuhan !

loading...

Ikan Emas Lalui Pembedahan Menakjubkan Buang Ketumbuhan




Ia adalah satu pembedahan menakjubkan apabila seekor ikan emas yang menghidap tumor, berjaya diselamatkan.
Menakjubkan apabila seekor ikan emas yang telah menghidap tumor kini berjaya diselamatkan melalui pembedahan.
George, nama ikan tersebut telah dibedah dan dibuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya oleh Dr. Tristan Rich yang juga ketua jabatan hidupan liar dan eksotik Hospital Binatang Lort Smith Animal.
George yang berusia 10 tahun itu sebelum ini berdepan dengan kesukaran untuk berenang dan bernafas. Ikan itu juga sukar makan dengan sempurna malah tumor tersebut juga menjejaskan penglihatannya.
Apa yang menakjubkan di sini walaupun ia seekor ikan namun nyawanya tetap tidak dipandang remeh oleh sesetengah pihak sehingga sanggup melakukan pembedahan.
Pemiliknya kemudian melihat ketumbuhan itu makin besar lalu merujuknya kepada Dr. Tristan.
Selepas Dr. Tristan mencadangkan supaya pembedahan dilakukan dengan George diberi ubat tidur, maka pemiliknya memutuskan untuk melakukan pembedahan itu yang menelan kos sebanyak RM645.
Meskipun ikan diberi ubat pelali namun air disalurkan melalui insangnya bagi memastikan George tidak mati.
“Kami cuba memastikan agar George tidak kehilangan banyak darah kerana ia adalah ikan yang kecil, jadi kalau darahnya hilang, ia tidak mampu bertahan,’’ kata Dr. Tristan.
Ini bukan pembedahan kali pertama dilakukan ke atas ikan kecil sebaliknya beliau mempunyai mengalaman melakukannya sejak beberapa tahun lalu. ─ Daily Mail
loading...

0 Response to "(TRENDING) Subhanallah... Lihat Ikan Emas Lalui Pembedahan Menakjubkan Buang Ketumbuhan !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close