(VIRAL) Bapa Lelong Anak Dengan Harga RM 23,080 !

loading...

Bapa Lelong Anak Dengan Harga RM23.080


Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan setelah cuba melelong bayi perempuannya yang berusia 40 hari di eBay pada 11 Oktober lalu.
Anak perempuannya Di iklankan dengan harga 5,000 euro (RM23,080). kepada mana-mana pembeli yang berminat. Kanak-kanak itu dikenali sebagai “Maria”
Penjual memanggil dirinya “Kühlschrank” pekerja eBay yang perasan atas jenayah berkenan selepas 30 minit iklan itu di muat naik mereka memanggil polis dan mengesan sumber iklan.
Serbuan dilakukan dan mendapati suspek yang merupakan seorang pelarian berjaya ditahan,sehari kemudian pada 12 Oktober bayi itu diambil daripada ibu bapanya dan diletakkan di dalam keluarga angkat.
Pada mulanya, bapa bayi itu tidak mengakui perbuatannya, dan memberi alasan konon telefon beliau telah dicuri.
Tiga hari kemudian, bagaimanapun, bapa bayi itu berkata beliau hanya bergurau dengan melelong bayinya di Ebay.dan menyerahkan telefon beliau yang telah digunakan untuk menerbitkan iklan itu.
Pada hari Khamis,Mahkamah tempatan Duisburg Jerman dalam pembicaraan kes bapa bayi tersebut tidak hadir dalam sesi itu, yang hadir hanya seorang wanita berusia 20 tahun (ibu maria)
Jurucakap mahkamah berkata bapa bayi itu tidak diwajibkan untuk hadir semasa prosiding. “Mahkamah tidak menemui sebarang tanda-tanda bahawa kanak-kanak itu telah diabaikan,” kata jurucakap mahkamah Rolf Rausch.
Hakim mengarahkan ibu Maria pergi mengambil bayinya ke lokasi yang tidak didedahkan.
Sementara Bapa bayi yang berusia 28 tahun itu akan dibenarkan melawat bayinya jika ada orang ketiga yang hadir,hakim berkata tindakan lanjut akan di ambil terhadap bapa bayi sekiranya ada maklumat lanjut yang belum didedahkan.
loading...

0 Response to "(VIRAL) Bapa Lelong Anak Dengan Harga RM 23,080 !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close