Pengutip Sampah Habiskan Masa 3 Jam Untuk Cari iPhone6 Pelancong

loading...

15 orang pemungut sampah di Shanghai ni mereka terpaksa mencari iPhone6 dalam longgokan sampah selama 3 ja..

 

Selalunya apa yang ada dalam tong sampah adalah benda yang dah rosak atau kita taknak gunakan lagi. Tapi buat 15 orang pemungut sampah di Shanghai ni mereka terpaksa mencari iPhone6 dalam longgokan sampah selama 3 jam di bawah suhu panas 37 darjah celcius untuk seorang pelancong.

Salah seorang daripada pelancong, Zhang Xiaoliang dah teman wanitanya sedang berjalan-jalan di Yuyuan Garden sebelum menyedari yang iPhone6 miliknya hilang selepas makan tengah hari. Sewaktu mereka tiba di tempat makan semula, iPhone tersebut sudah tiada dan meja makan juga telah dibersihkan.

Menurut GPS, iPhone tersebut dipercayai berada di tempat pembuangan sampah di City God Temple. Tapi selepas mereka sampai signal tersebut hilang. Jadi, Zhang percaya ianya dalam longgokan sampah yang menimbun. Taknak give up, Zhang minta tolong pemungut sampah di situ seramai 15 orang untuk membantu. Selepas 3 jam mereka menjumpainya.

Baik sungguh mereka sanggup habiskan masa untuk menolong. Sewaktu Zhang ingin menghulurkan 1000 yuan, mereka menolak dan menegaskan ianya tugas mereka untuk membantu.



loading...

0 Response to "Pengutip Sampah Habiskan Masa 3 Jam Untuk Cari iPhone6 Pelancong "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close