(ARTIS) "Dalam hati saya, dia berjaya melepasi ujian pertama apabila bertemu dengan ibu saya.. "

loading...

Ummi, Mr I nikah 2017



PELAKON popular, Ummi Nazeera selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga yang hanya ingin dikenali sebagai Mr I pada majlis tertutup di kediaman keluarganya, hari ini.
Ummi, 26, berkata jejaka pilihannya itu seorang doktor, 29, berasal dari Kuala Lumpur sekali gus menafikan dia bercinta dengan orang dalam industri hiburan.
"Saya bukannya mahu sorok hari bahagia ini. Sebaliknya keluarga mahukan majlis ringkas dan tertutup yang dihadiri keluarga rapat sahaja. Justeru, saya harus menghormati permintaan mereka,” katanya.
Berkongsi mengenai perhubungan mereka, Ummi memberitahu dia diperkenalkan oleh ibu pemuda itu, Datin Sri Nurah Abdul Rahman, pada 29 Januari lalu.
"Sejujurnya, kami tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr I, pada 31 Januari lalu apabila dia menghantar pesanan berkenalan menerusi aplikasi WhatsApp. Sejak itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap atau mendengar suara masing-masing di talian telefon.
"Apabila memasuki sebulan setengah perkenalan menerusi mesej, dia akhirnya menelefon saya buat kali pertama sekali gus meluah perasaan untuk bertemu.
"Saya mengatakan bahawa dia boleh berjumpa saya dengan syarat dia kena menemui ibu saya dulu," katanya.
Keberanian pemuda itu datang berjumpa keluarga Ummi membuatkan dia yakin dengan kesungguhan yang ditunjukkan.
"Itu adalah kali pertama kami bertemu. Keberanian yang dimilikinya itu menyebabkan saya membuat kesimpulan bahawa dia mampu menjadi ketua keluarga kepada saya.
"Dalam hati saya, dia berjaya melepasi ujian pertama apabila bertemu dengan ibu saya. Atas dasar itu, saya menerima keikhlasan hatinya. Apatah lagi hubungan ini menerima restu daripada ibu saya. Itu yang paling penting dan bahagia buat saya," katanya.
Selepas tiga bulan menjalin hubungan jejaka itu melamar Ummi untuk meneruskan hubungan itu ke fasa yang lebih serius iaitu berkahwin.
"Dia berjumpa ibu saya sekali lagi untuk meminta persetujuan bagi menghantar rombongan merisik.
"Majlis merisik diadakan dua minggu selepas Aidilfitri lalu. Selepas menerima persetujuan daripada ibu dan saya, kedua pihak mencapai kata sepakat melangsungkan pertunangan," katanya.
Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang berbalas lima oleh pihak perempuan.
Pelakon drama bersiri popular, Patahnya Sebelah Sayap itu anggun dalam persalinan rekaan Fizi Woo.
Pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 2017.
loading...

0 Response to "(ARTIS) "Dalam hati saya, dia berjaya melepasi ujian pertama apabila bertemu dengan ibu saya.. ""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close