(TRENDING) ”Ia mungkin cahaya Dhuha atau.... " - Ahli Keluarga Perjelas Isu Kubur Allahyarham Mohd Khairi Bercahaya

loading...

Ahli Keluarga Perjelas Isu Kubur Allahyarham Mohd Khairi Bercahaya



”Ia mungkin cahaya Dhuha atau lensa kamera kerana ketika pengebumian, tiada perkara luar biasa berlaku di tanah perkuburan,” kata Nazri Zainuddin, 41, adik kepada pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU), Allahyarham Mohd Khairi Zainuddin.
Beliau mengulas mengenai viral gambar majlis pengebumian arwah abangnya yang bercahaya dan tersebar di aplikasi WhatsApp.
Allahyarham Mohd Khairi yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan meninggal dunia pada Selasa dan dikebumikan pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Senawang.
“Perkara (gambar) itu sudah diketahui sejurus selesai urusan pengebumian dan kami sudah memaklumkan kepada adik-beradik yang lain. Kami tidak beranggapan ia perkara pelik.
“Apabila kami dapat tahu gambar itu diviralkan, kami tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Kami rasa adalah lebih baik tidak membuat sebarang tindakan kerana dikhuatiri menimbulkan masalah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Allahyarham meninggal dunia jam 4.29 petang selepas terjatuh dipercayai mengalami masalah jantung ketika membeli kelengkapan sekolah murid SRIIDU di Bandar Baru Nilai.
Arwah meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia antara 10 hingga 18 tahun.
Nazri berkata, beliau percaya arwah abangnya meninggalkan keluarga dalam keadaan baik dan mendoakan agar arwah mendapat rahmat Ilahi.
loading...

0 Response to "(TRENDING) ”Ia mungkin cahaya Dhuha atau.... " - Ahli Keluarga Perjelas Isu Kubur Allahyarham Mohd Khairi Bercahaya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close