(GAMBAR) Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata.. Allahuakbar.. !

loading...
[Gambar] Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata


Suami isteri maut manakala lima anak mereka parah selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Alor Punti, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian 11.30 malam itu, pemandu kereta Perodua Alza, Mohd Padzil Rashid, 50, maut di tempat kejadian manakala isterinya Masmiwaza Mohd Noor,42, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Alza datang dari arah Titi Hj Idria menghala ke pekan Pendang untuk pulang ke rumah di Taman Setia namun sebaik tiba di tempat kejadian pemandu kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.
Menurutnya, pemandu kereta terbabit yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
“Lima anak mereka berusia tujuh hingga 12 tahun cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk menerima rawatan.
“Pemandu treler terbabit pula tidak cedera dan sudah tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Beliau berkata, kedua- dua mangsa yang meninggal itu adalah seorang guru dan mayat dihantar ke HSB untuk bedah siasat.
loading...

0 Response to "(GAMBAR) Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata.. Allahuakbar.. !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close