(TRENDING) Pecah muka rakam Punggung !

loading...

Pecah muka rakam punggung


Johor Bahru: Seorang juruaudit berusia 27 tahun menerima padah apabila dibelasah orang awam kerana tertangkap merakam video punggung seorang wanita di sebuah pusat beli belah di bandar raya, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian 9.40 malam itu, lelaki itu yang cedera teruk di kepala dan muka, kini ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk rawatan lanjut.
"Rakan wanita itu menyedari perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit merakam punggung wanita 20-an itu dan menegur perbuatan suspek.
“Lelaki itu melarikan diri apabila perbuatannya disedari namun orang ramai berjaya menghalang dan menangkapnya sebelum membelasahnya," katanya yang dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
loading...

0 Response to "(TRENDING) Pecah muka rakam Punggung !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close