(TRENDING) " Polis Kongsi Bagaimana Mangsa Kerat 10 Dibunuh Dengan Kejam "

loading...
Polis Kongsi Bagaimana Mangsa Kerat 10 Dibunuh Dengan Kejam

Polis telah mengenal pasti identiti Mangsa pembunuhan kejam, yang badannya dikerat kepada beberapa bahagian di Kampung Kesang Laut di sini Ahad lepas, merupakan seorang lelaki berusia 49 tahun.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt. Mohad Idris Samsuri berkata mangsa adalah Omar Miskam, yang berasal dari Panchor, Muar, sudah beristeri dan bekerja sebagai pemandu jengkaut di sekitar Kesang Laut.
“Mangsa yang sudah beristeri, bekerja sebagai seorang pemandu jengkaut di sekitar daerah ini dan mangsa dipercayai telah ditetak terlebih dahulu di kepala menggunakan parang sebelum mayatnya dikerat.
“Bedah siasat juga mendapati mangsa dikerat lebih sepuluh bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen dan beberapa anggota badan lain,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Beliau berkata polis turut menahan dua lagi suspek iaitu seorang wanita berusia 56 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, dengan mereka direman selama seminggu sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan.
loading...

0 Response to "(TRENDING) " Polis Kongsi Bagaimana Mangsa Kerat 10 Dibunuh Dengan Kejam ""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close