(VIRAL) CPR atlet kita selamat nyawa !

loading...

CPR atlet kita selamat nyawa 



“Semua itu berlaku secara spontan, sebab itu kita kena belajar bantuan kecemasan terutama bantuan pernafasan (CPR) kerana tragedi mungkin berlaku kepada keluarga kita.
“Namun saya gembira dapat selamatkan orang."
Demikian kata pemain bola keranjang kebangsaan Mohd Shadzwan Kamalrulzaman, 27, selepas rakaman dia menyelamatkan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong viral di Facebook (FB).
"Kejadian berlaku pada 5 petang (waktu tempatan) semalam, ketika saya dan rakan sepasukan baru tiba dan mahu menaiki bas untuk ke hotel.
"Tiba-tiba ada seorang wanita menjerit meminta tolong. Saya tengok ada seorang lelaki terbaring, mulut sudah biru dan berbuih," katanya ketika dihubungi dari sini, hari ini.
Kejadian itu dirakam dan dimuat naik di FB oleh Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba), Lua Choon Hann dan rakaman hampir 50 saat itu sudah ditonton lebih 38,000 orang dan dikongsi 190 kali.
"Saya periksa nadi dan terus buat CPR sampai dia sedar dan beri tindak balas.
“Saya tinggalkan dia dengan pembantu perubatan di lapangan terbang selepas lihat mulutnya bergerak dan mata sudah berkelip.
“Saya tak sedar pun dirakam dan tak sangka menjadi viral. Bagi saya, tidak seberapa sangat bantuan itu kerana orang lain pun pasti melakukan perkara yang sama," katanya yang sudah bersama pasukan kebangsaan sejak dua tahun lalu.
Mohd Shadzwan bersama rakan sepasukan ke negara itu untuk menyertai Kejohanan Jemputan Bola Keranjang Antarabangsa Piala Super Kung Sheong ke-21 sehingga 18 Disember ini.
loading...

0 Response to "(VIRAL) CPR atlet kita selamat nyawa !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close