(VIRAL) Jom Share.. Mana Tau ada Rezeki Menang Proton Saga ! - " Dari Obesiti Kepada Sado, Lelaki ini Kongsi Sifirnya Untuk Kuruskan Badan, Mahu Beri Proton Saga Percuma Kepada Juara Program Anjurannya ! "

loading...

Dari Obesiti Kepada Sado, Lelaki ini Kongsi Sifirnya Untuk Kuruskan Badan, Mahu Beri Proton Saga Percuma Kepada Juara Program Anjurannya !

Masalah obesiti yang pernah dialaminya dahulu menjadikan Abd Hafiz Bin Wasa, 30, peka dan mengambil berat kepada golongan yang mengalami masalah yang sama.
Abd Hafiz, atau lebih mesra dengan nama Hafiz Wasa merupakan seorang anak jati Kuala Terengganu dan pernah bekerja selama 5 tahun dalam sektor awam sebagai ahli farmasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Klinik Kesihatan Kuala Berang.
Menurut Hafiz, sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai pegawai farmasi, hampir setiap hari beliau berurusan dengan pesakit diabetes yang datang untuk mendapatkan khidmat kaunseling yang berkaitan dengan keyakinan diri dan ubatan.
Boleh dikatakan mereka yang mengalami masalah diabetes adalah dari golongan obesiti.


Mahu elak diabetes
Melihat sendiri akibat dari penyakit diabetes, Hafiz mengambil keputusan untuk tidak menjadi salah seorang mangsa kepada penyakit itu dan berazam untuk menurunkan berat badannya.
Bermula dari bacaan buku-buku kesihatan, Hafiz mula menjinakkan diri dengan bersenam di gimnasium dan banyak meluangkan masa di taman riadah awam. Malah, beliau juga begitu serius sehingga sanggup menggunakan khidmat jurulatih kecergasan bertauliah bagi memastikan setiap senaman yang dibuat tidak memberi kemudaratan kepada organ dalaman dan fizikalnya.

Hasil dari rutin harian sihatnya, Hafiz berjaya menurunkan BMI nya ke paras normal malah perubahan mendadaknya itu turut memberi inspirasi kepada rakan-rakan di sekelilingnya untuk berubah kepada cara hidup sihat.
Bagi membantu orang lain menurunkan berat badan, Hafiz hadir dengan sifirnya sendiri berdasarkan pengalaman yang diperoleh ketika menurunkan berat badan.


Sifir Hafiz Wasa
1 - Jangan abaikan sarapan pagi. Sarapan pagi adalah sangat penting bagi mengelakkan anda makan berlebihan pada waktu tengahari.
2 - Kerap makan dalam tempoh satu hari untuk tingkatkan metabolisma (sarapan>minum pagi>makan tengahari>minum petang>makan malam>snek lewat malam(supper).

3 - Kecilkan saiz hidangan (pastikan ada protein,karbohidrat & juga sayuran/buah)
4 - Banyak minum air putih (Untuk setiap 25kg berat badan,minum 1 liter air putih). Elakkan minuman bergula.
5 - Bersenam 30 -45 minit 3 -5 kali seminggu.

6 - Tidur 7 – 8 jam sehari

7 - Selang selikan latihan bebanan dan latihan kardio

8 - Sertai kumpulan ‘support’ yang boleh bantu kekalkan momentum dan motivasi sepanjang misi menurunkan berat badan.

9 - Catat apa yang anda makan untuk elak makan berlebihan

Selain itu, Hafiz juga menubuhkan komuniti kecergasan dan diet sihat di Facebook untuk berkongsi maklumat dan tip-tip diet yang berkesan bagi yang memerlukan.
Tujuan menubuhkan komuniti ini adalah bagi memastikan diri beliau sentiasa konsisten untuk berada dalam ‘circle’ kecergasan yang positif pada setiap waktu.


Kongsi ilmu dalam E-book
Disamping itu juga, Hafiz turut mengeluarkan E-book yang berjudul ‘Teknik Bakar Lemak Pantas’ hasil karyanya sendiri yang mana kini sudah terjual sebanyak 10,000 unit.
Selain perkongsian ilmu, Hafiz juga turut mengeluarkan produk supplement sendiri yang dikenali sebagai Whey Protein.
Menurut Hafiz, dia telah menghasilkan produk Whey Protein pada 2014 dan merupakan produk supplement tempatan yang pertama di Malaysia.
Produk Whey Protein kini dikeluarkan dibawah Mesotropin Sdn. Bhd yang ditubuhkan oleh Hafiz bersama dua sahabatnya.
Bukan sekadar produk supplement
Sebagai inisiatif lain membantu orang ramai menurunkan berat badan, Mesotropin Sdn. Bhd. bakal melancarkan Mesotropin Fitness Challenge yang bakal diadakan pada 15 Disember 2016 sehingga 14 Januari 2017.

Tujuan program ini dilancarkan adalah mengajak orang ramai membuat satu anjakan paradigma untuk hidup lebih sihat dengan aktiviti bersenam.
Program penurunan berat badan Mesotropin Fitness Challenge menampilkan hampir 60 orang jurulatih kecergasan bertauliah yang akan membimbing peserta sepanjang 5 minggu dengan 10 sesi latihan.
Sepanjang pelaksanaan 10 sesi program tersebut, peserta akan didedahkan dengan ilmu beserta teknik yang praktikal bagi menurunkan berat badan dengan selamat dan menyeronokkan.
Antaranya ialah:
1. Berdiet tanpa berlapar
2. Masih dapat makan makanan kegemaran dengan cara yang betul
3. Senaman yang mudah dipraktikkan dimana-mana
4. Latihan senaman 2 kali seminggu
5. Bimbingan jurulatih bertauliah
6. Modul senaman disediakan
7. Kenalpasti berapa kalori untuk setiap hidangan makanan
8. Belajar kenalpasti jenis makanan dan menu diet
9. Kekal fokus dan bermotivasi secara berkumpulan
Sertai Mesotropin Fitness Challenge  & berpeluang menangi Kereta Proton Saga



Apa yang menariknya, juara keseluruhan bagi program penurunan berat badan ini berpeluang memenangi hadiah sebuah kereta Proton Saga dan pelbagai ganjaran lain yang bernilai lebih RM100,000.
Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah.
1. Juara - Sebuah kereta Proton Saga
2. Tempat kedua - RM 1,000
3. Tempat ketiga - RM 500
4. Peserta terbaik setiap negeri - RM 300
5. Jurulatih terbaik keseluruhan - RM 3,000
Peserta juga akan diberi sijil penyertaan Mesotropin Fitness Challenge.
Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan pendaftaran dibuka bermula sekarang sehingga 14 Disember 2016.

Untuk mendaftar sila hubungi HOTLINE MESOTROPIN FITNESS CHALLENGE di talian 018 903 0148, 019 955 7263 atau 014 514 9778.
Pendaftaran juga boleh dibuat secara online di laman web mesotropin.com/mfc.

loading...

0 Response to "(VIRAL) Jom Share.. Mana Tau ada Rezeki Menang Proton Saga ! - " Dari Obesiti Kepada Sado, Lelaki ini Kongsi Sifirnya Untuk Kuruskan Badan, Mahu Beri Proton Saga Percuma Kepada Juara Program Anjurannya ! ""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close