(VIDEO) Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Pula Tinggalkan " Running Man " !

loading...

Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Pula Tinggalkan Running Man






Belum pun peminat reda dengan kesedihan apabila Kang Gary mengambil keputusan untuk berhenti terlibat dengan program variasi Running Man, nampaknya mereka akan terus kehilangan ahli asal menjelang Januari 2017.
Kali ini kedua dua pihak Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook mengesahkan yang mereka bakal meninggalkan program Running Man. Pihak agensi Song Ji Hyo mengatakan keputusan ini sudah lama dibincangkan atas alasan kesibukan jadual pelakon itu.
Tarikh sebenar rakaman terakhir Song Ji Hyo bersama Running Man masih belum diketahui namun khabarnya Kim Jong Kook akan menjalani penggambaran terakhir bersama program ini pada minggu hadapan.
Ahli asal Running Man yang tinggal kini adalah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha dan Lee Kwang Soo.
Menurut mereka yang terlibat dalam industri, Running Man khabarnya akan menerima suntikan baru dari segi konsep seawal Januari 2017 dan bakal menampilkan seteru kuat Yoo Jae Suk iaitu Kang Ho Dong sebagai ahli baru.
loading...

0 Response to "(VIDEO) Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Pula Tinggalkan " Running Man " !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close