(VIRAL) Tentera Rejim Bashar Sembelih Wanita Dan Kanak-Kanak Setiap Jam, Penduduk Aleppo Mula Muatnaik Video 'Ucapan Terakhir'

loading...

Tentera Rejim Bashar Sembelih Wanita Dan Kanak-Kanak Setiap Jam, Penduduk Aleppo Mula Muatnaik Video 'Ucapan Terakhir'


LEPPO - SYRIA: Aktivis kemanusiaan yang berada di Aleppo dalam satu laporan merayu supaya memberi bantuan kepada rakyat Syaria di mana beliau memaklumkan askar rejim Bashar al-Assad mula membunuh mereka yang dituduh mempunyai kaitan dengan Free Syrian Army.
Memetik laporan CNN, mereka yang dibunuh termasuklah kanak-kanak dan wanita, kata aktivis Mohammad Basbous di Aleppo Media Center semalam.

"Setiap jam, hukuman bunuh dijalankan," kata Syrian Observatory for Human Rights pula.
Aktiviti pembunuhan itu muncul semula selepas tentera rejim dan Rusia berjaya menawan kembali Aleppo dari tangan pemberontak dan pejuang Sunni.
"Ramai orang dibunuh terutamanya mereka yang masih muda," kata Pengarah Hospital Union of Medical Care and Relief, Ahmad Dbais.




Laporan juga menyebut, kerajaan telah memecah masuk rumah penduduk san menghalau mereka keluar menyebakan ramai yang kehilangan tempat tinggal.
Ketika ini, kumpulan aktivis dan Pertahanan Awam Syria, White Helmets merayu bantuan antarabangsa untuk keselamatan sukarelawan dan lebih 100,000 orang awam.

"Mayat bergelimpangan memenuhi jalan," kata White Helmets dalam satu kenyataan.
Sementara itu, beberapa video 'Goodbye messages from Aleppo' telah dimuatnaik oleh penduduk Aleppo di mana ada yang menyatakan mereka telah hampir dengan tentera Bashar dan kemungkinan ini adalah video terakhir mereka sebelum mati.
loading...

0 Response to "(VIRAL) Tentera Rejim Bashar Sembelih Wanita Dan Kanak-Kanak Setiap Jam, Penduduk Aleppo Mula Muatnaik Video 'Ucapan Terakhir'"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close