(VIRAL) Ngeriii.. Kes Pembunuhan Ngeri Balas Dendam Myanmar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia !

loading...
Kes Pembunuhan Ngeri Balas Dendam Myanmar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tahap kejadian jenayah terutamanya yang melibatkan warga asing memang sukar dibendung.
Dipenghujung tahun 2014 Polis Pulau Pinang pernah meminta bantuan Bukit Aman dengan menyerahkan laporan lengkap mengenai kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar di negeri tersebut yang berada pada tahap membimbangkan.
kes pembunuhan membabitkan rakyat Myanmar menunjukkan peningkatan ketara dengan kebanyakannya berpunca daripada pergaduhan sesama sendiri yang berakhir dengan pembunuhan kejam pada tahun 2014.
Hampir dua tahun senyap,pembunuhan warga myanmar kembali terpampang di muka depan surat kabar yang baru berlaku di kampung tanjung hilir bachok kelantan yang berlaku semalam.
Untuk pengetahuan umum berikut kes pembunuhan warga myanmar yang pernah mengemparkan negeri ini.
Rompin 11.22.2011
klkjsa
Seorang mayat lelaki warga Myanmar ditemui dengan kesan tetak diseluruh badan muka dan kepala,dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang berasal dari negera yang sama.
Menurut saksi mata kejadian berkata,kejadian itu berlaku berdekatan sebuah rumah di Kampung Kasing, Pianggu, dekat Rompin,saksi melihat mangsa dikejar sekumpulan lelaki dipercayai warga Myanmar yang bertindak menetaknya dengan menggunakan senjata tajam di tepi jalan sekitar jam 2 petang.
Bukit Mertajam 2014.
pulau-pinang-mayat-ngeri-dan-kepala-bertemu-semula
Satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di Bukit Mertajam, empat hari kemudian mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat ke dalam guni ditemui penduduk kampung dalam tali air di Sungai Bakap.
Beberapa hari kemudian pula, kepala dan tangan kiri dari lengan hingga tapak tangan ditemui dalam beg plastik berhampiran tong sampah di Machang Bubok.
Kejadian-kejadian tersebut berlaku di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dalam tempoh kira-kira seminggu.
Susulan kejadian berkenan Polis menahan 14 warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes pembunuhan rakan senegara mereka.
Polis percaya pembunuhan membabitkan warganegara Myanmar itu bermotifkan dendam yang berpunca dari dendam yang telah berlaku di negara asal mereka.
Dalam tahun itu 50 kes bunuh berlaku di Pulau Pinang, 31 daripadanya melibatkan warga asing dan majoritinya warganegara Myanmar.
Bachok kelantan 30.10.2016
oioisk
Mayat empat individu ditemukan oleh seorang pemandu mesin padi di kawasan semak berhampiran sawah di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok semalam dipercayai warga Myanmar yang dilarikan sekumpulan lelaki bertopeng Selasa lalu.
Mangsa yang berusia 22 hingga 31 tahun itu dikatakan dilarikan oleh sembilan lelaki tersebut dari asrama tempat mereka bekerja di Kampung Tunjong Mulong kira-kira pukul 11 malam.
Menurut sumber, pada Rabu lalu, polis menerima laporan mengenai empat lelaki warga Myanmar dilarikan sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau.
“Mangsa dipercayai dibunuh bermotifkan dendam lama berkaitan krisis agama di negara asal mereka melibatkan pengganut Islam dan Buddha,
Memang kejam dan mengerikan. Selain harus berwaspada setiap masa di mana saja kita berada, kita perlu ingat, mungkin itu dendam antara mereka, namun bagaimana sekiranya kita ternampak atau berada berdekatan ketika kejadian? Bukankah kita akan dicarinya?
Kejadian-kejadian tersebut pastinya membuatkan pihak polis, hospital, kakitangan penguatkuasaan pelbagai jabatan dan pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan bertambah sibuk.
Tidak mustahil jika mereka terpaksa lebih sibuk menguruskan warganegara asing daripada rakyat negara ini. Jika bukan mereka, siapakah yang akan menguruskan mayat-mayat tersebut? Pada masa sama, kes perlu disiasat, pembunuh-pembunuh tidak boleh dibiar bebas. Ketenteraman dan keselamatan rakyat serta negara perlu dijaga.
Tidak adakah cara membendung kedatangan mereka? Cukupkah kakitangan pihak berkuasa untuk menguruskan pelbagai karenah dan masalah rakyat Malaysia, kini ditambah pula dengan masalah-masalah yang berpunca daripada mereka ini? Adakah dan apakah jalan penyelesaian terbaik?
loading...

0 Response to "(VIRAL) Ngeriii.. Kes Pembunuhan Ngeri Balas Dendam Myanmar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close