Berjaya "closing" projek jutaan ringgit, lelaki Melayu ini dedahkan semuanya tanpa libatkan rasuah

loading...


Mereka ini yang mengajar saya ilmu 'The Art of Negotiation' untuk closing projek Telekomunikasi juta juta.

Yang kiri sekali bekas bos saya, seorang warga Australia dan kini menetap di Malaysia. Dia pun dah berhenti kerja Januari lalu dan sekarang lepak lepak jer buat freelance. Huhuhu.

Beliau merupakan orang pertama yang datang ke Malaysia untuk set up company. Time tu, saya merupakan staff pertama (Staf ID 001) diambil bekerja.

Masa tu saya kira GAMBLE jer pasal tak tahu company tu akan bertahan lama atau tak. Dari takde ofis sampai la ada ofis di Menara Standard Chartered, Jalan Sultan Ismail.

Yang tengah tu warga New Zealand dan kini bekerja di IBM Singapura. Beliau dalam perjalanan ke IBM Thailand dan singgah KL untuk berjumpa dengan kami.

Kami pernah sama sama mengendalikan projek jutaan ringgit di merata dunia seperti UK, Australia, New Zealand & Timur Tengah. Dulu masa saya rajin ke Dublin, Ireland, memang selalu layan road tour dengan dia.

Paling mencabar ialah cara Boss saya campak saya di Qatar seorang diri dan beberapa negara Arab yang lain untuk mengendalikan 'benda baru' di sana.

Dari situ saya belajar bagaimana nak 'Closing' dengan Mat Salleh & Pak Arab tanpa perlu pakai kabel, rasuah mahupun belanja minum.

Time tu kami berhadapan dengan beberapa gergasi IT yang menggunakan pekerja dari India yang 'Low Cost'. Harga kami adalah harga standard UK.



BAGAIMANA SAYA MELAKUKANNYA?

'It's all about value!'

Tunjukkan nilai tambah yang company saya dapat berikan dan pengalaman kami bersama Vodafone di serata dunia dan kami mempunyai pakar dari pelbagai negara yang boleh di terbangkan bila bila masa serta boleh siapkan projek dalam jangkamasa yang pendek.

Dalam ‘membida’ atau ‘present’ proposal kami kepada mereka, saya gunakan 5 elemen berikut;

1. Kenali siapa audience

Saya selidik siapa audience saya melalui LINKED IN. Tengok kepakaran mereka dan apa minat mereka. Ini memudahkan saya ‘menambat hati mereka’.

Contohnya ’Tuan dulu kerja di London? Kebetulan saya dulu banyak deal dengan Mr. A di department B semasa di London’.

Saya juga akan cuba membuka secebis topik yang diminati oleh audience (hasil kajian Lindked In) seperti dunia spesifik telekomunikasi.

Ini kautim, InsyaAllah yang lain pun kautim pasal mereka mudah bercakap dengan saya (kebetulan London saya ala ala Mat Salleh… Hahaha)

2. Setuju Untuk Tidak Setuju (Agree To Disagree)

Jika ada apa apa isu yang saya tidak setuju, saya tidak terus cakap saya tak setuju. Tapi saya akan cuba fahami kenapa mereka mahukan sebegitu rupa dan cuba adjust supaya ia memihak kepada kedua-dua belah pihak.

3. Berikan BONUS yang tak disangka

Dalam pembentangan proposal saya juga, saya akan tawarkan BONUS yang tidak diminta oleh mereka TAPI membawa peningkatan dalam mutu projek secara keseluruhnnya.

4. Follow Up! Follow Up! Follow Up!

Saya akan pastikan saya dapat perhatian (meeting atau conference call) sejam setiap minggu supaya saya dapat membantu mereka dalam membuat keputusan. Ini merupakan cara halus sebenarnya untuk mengingatkan saya dalam fikiran mereka.

5. Siap sebelum tarikh (Beat The Clock!)

Biasanya dalam setiap projek saya dah standby team saya untuk FLY ke sana. Bila diorang tanya bila boleh start saya akan cakap ‘Chop & Sign sekarang, besok team saya akan mulakan kerja’. Antara WOW Factor yang saya boleh berikan (dan saya mempunyai pasukan yang sangat fleksibel. Dah jadi macam naik bas jer nak ulang alik fly selama 6-10 jam).

Mungkin ada diantara korang nampak benda ni sangat kompleks. Cuba tengok balik Tajuk 5 point yang saya share. Boleh diguna pakai dalam dunia bisnes online/offline korang.

Aaaaa…. rindu pulak nak travel walaupun dah muak naik kapal terbang… Hahaha!

Nota Lidah : Salah satu kebolehan kecil saya ialah berbahasa London dalam pelbagai loghat simple.


Kredit : Amiruddin Ahmad
loading...

0 Response to "Berjaya "closing" projek jutaan ringgit, lelaki Melayu ini dedahkan semuanya tanpa libatkan rasuah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close