Mak Mertua Aku Mulut Jahat Suami Aku Ini Serba Salah

loading...
Wartawan%2BJalanan.jpg

Pukul 3 Pagi. Mak Mertua WhatsApp. Korang Pasti Tak Caya Apa Yang Dia KATA Kat Aku !!! |

Aku ini bekas pelajar IIUM, kahwin masa belajar last semester. Husband aku pegawai bank dekat selangor. Husband aku anak no 2 dan merupakan anak kesayangan mak mertua aku.

Sebelum kami kahwin pun laki aku ada cakap yang mak dia tak suka orang pantai timur sebab bagi dia orang pantai timur ini cakap entah apa-apa lepas itu tak pandai jaga diri dan selekeh.

Nak dijadikan cerita aku ini orang Terengganu jadi dari mula lagi dia memang dah tak suka aku la sebab aku ini orang pantai timor.

Masa datang merisik pun dia terus terang saja cakap yang susah kalau kahwin dengan orang pantai timur ini sebab jauh dan penat nak drive, tetapi disebabakan anak dia dah berkenan jadi dia ikutkan juga walaupun jauh. Pertama kali aku diamkan sajalah sebab nak jaga hati bakal mertua.

Keluarga mertua aku ini menetap dekat Arab Saudi, Madinah sebab ayah mertua aku kerja dekat sana. Abang ipar aku ini kahwin dengan menantu pilihan hati mak mertua aku la, orang Perak.

Masa mula-mula kahwin dulu, aku balik kadang-kadang la rumah mertua aku sebab aku masih lagi belajar, masa itu mak mertua dengan 2 orang lagi anak dia dah fly to saudi.

Rumah kami tengah renovate masa itu nak besarkan dapur jadi aku pun setuju untuk duduk sana, tetapi bini abang ipar aku ini macam tak suka aku duduk dekat sana juga.

Aku memang tak boleh nak masak atau buat apa-apa time itu sebab bau minyak serta bawang goreng pun tak boleh dan bau ubat gigi pun tak boleh sampai aku guna ubat gigi budak-budak yang kodomo lion itu saja untuk berus gigi aku.

Masuk makanan saja terus muntahkan balik, memang masa itu check in check out hospital saja kerja aku jadi memang aku tak ada tenaga dan memang tak laratlah nak kemas-kemas rumah atau memasak.

Aku ini pula memang jenis yang suka buat kerja banyak-banyak terus, contohnya, iron baju banyak-banyak, basuh baju banyak-banyak dan masak pun banyak-banyak (orang pantai timur ini kan memang pandai masak dan sedap pula itu).

Nak di jadikan cerita, sebulan kahwin aku telah disahkan mengandung, Alhamdullillah rezeki tapi aku kena hadap morning sickness yang sangat-sangat teruk sampai aku nak jalan pun tak larat.

Masa cuti semester, husband aku bawalah aku duduk rumah mertua aku yang masa itu abang ipar dengan bini dia tengah duduk sana juga.

Dia tak nak tinggalkan aku dekat rumah mak aku dekat Terengganu seorang-seorang sebab aku alami alahan teruk jadi susah untuk dia nak datang dan jaga aku masa itu.

Tapi aku awal-awal dah siap hantar dobi baju kerja laki aku siap gosok dah untuk 2 minggu, jadi kerja aku masa itu baring sajalah.

Disebabkan aku ini baring saja, bini abang ipar aku ini mengadu dekat mak mertua aku ini yang aku ini duduk sini macam raja dan buat dia macam hamba.

Dia cakap aku ini tak iron pun baju laki aku, laki aku pakai saja baju yang berkedut seribu pergi kerja tapi demi Allah, aku tak ada pun nak suruh dia masakkan apa-apa untuk aku sebab aku memang tak boleh makan apa-apa pun.

Mak mertua aku ini whatsapp aku pagi-pagi buta dalam pukul 3 pagi macam itu, maki hamun aku cakap aku manja la, mengada-ngada la.

Dia cakap dulu dia pun mengandung juga tapi boleh saja buat kerja rumah, masak pun tak ada pun nak harapkan orang masakkan untuk dia.

Aku menangis bila dia cakap macam-macam dekat aku dalam whatsapp itu, mungkin sebab tengah mengandung sebab itu emosi lebih, laki aku time itu terkejut sebab aku menangis sedu sedan, aku bagi la dia baca whatsapp mak dia itu.

Laki aku macam bengang la, sebab macam mana dia boleh tahu sedangkan dia tak ada dekat sini pun. Esoknya, dia tanya abang dia tapi abang dia cakap tak tahu apa-apa jadi sah-sahlah bini dia punya kerja.

Kami cuba tanya secara baik tapi dia tak mengaku, sampai laki dia cek whatsapp dia ternyata memang dia yang jadi batu api cerita macam-macam dekat mak mertua dekat sana.

Aku and husband aku start hari itu, memang dah tak cakap apa-apa pun dengan biras aku.

Masa nak raya, dia orang balik malaysia, ayah mertua aku harap sangatlah boleh duduk ramai-ramai berkumpul ramai-ramai jadi aku pun ikutkan juga kehendak ayah mertua walaupun macam malas.

Masa itu aku dah ok sikit jadi boleh la masak sikit tapi masa itu pula dia orang ini ambil kesempatan dengan suruh aku masak macam-macam.

Aku dengan perot boyotnye, masaklah seorang dekat dapur sambil menangis macam-macam aku masak, nak sangat ambil hati ayah mertua aku, dah la masak sorang-sorang tapi bila makanan dah di hidang, mak mertua aku ini tak ajak pun aku makan sekali.

Sedih sangat masa itu. rasa nak balik saja nak mengadu dekat mak aku, laki aku ini serba salah, jadi dia ajak aku makan dengan dia saja nanti.

Dahlah aku masak dan siap hidangkan lagi, lepas itu dia orang makan-makan terus tinggalkan saja pinggan mangkuk atas meja keluar nak pergi jalan-jalan, siap pesan lagi dekat aku supaya cuci bersih-bersih dan keringkan betul-betul sebab pinggan itu mahal.

Cuba kau orang fikir hati aku time tu? Aku ini menantu ke maid dia orang? Bukan aku seorang saja menantu, dia ada lagi 1 menantu dan 1 anak perempuan tapi semua itu aku seorang yang buat sampai berpeluh-peluh aku duduk dekat dapur sorang-sorang tapi bila dah masak makannya ramai-ramai.

Mak mertua aku masa aku bersalin tak datang tengok tak telefon pun tanya aku dan cucu dia ok ke tak dengan alasan dia jauh.

Tiba-tiba aku dapat tahu menantu kesayangan dia terseliuh kaki boleh pula drive ke ipoh semata-mata nak tengok menantu kesayangan dia itu. Masa itu aku memang dah terasa hati sangat-sangat.

Dia balik dari bercuti dekat istanbul beli macam-macam untuk menantu dia seorang lagi macam tudung abaya, tshirt, set pinggan mangkuk lah tapi bahagian aku dia cuma beli tudung 1 helai saja, tak belikan aku baju atau apa-apa sebab alasan dia tak tahu size.

Padahal aku ini size standard saja kalau nak di bandingkan dengan menantu dia sorang lagi yang agak gempal.

Semua yang aku buat seperti ada saja yang tak kena dekat mata dia. Hari itu dia telefon laki aku dari madinah semata-mata nak tanya kenapa belikan minyak wangi dan jam mahal untuk aku? Membazir saja dia cakap baik belikan dia saja tapi aku diam saja tak cakap apa-apa.

Entahla, sekarang aku dah kerja, anak aku pun dah 8 bulan dah, dan dah duduk rumah laki aku. aku dah jadi tak keruan sebab minggu depan dia orang dah nak balik sebab nak beraya.

Tahun ini turn raya rumah mak aku dekat terengganu. Kadang-kadang aku fikir juga yang hina sangat ke orang pantai timur ini di mata orang Johor??

Mulia sangat ke dia orang yang kaya-raya ini berbanding peneroka felda ? Kadang-kadang aku terpikir juga kenapa ya orang yang pakai jubah labuh tudung besar dan dia orang dah duduk dekat Madinah, dekat tanah suci tapi kenapa masih ada sikap negatif macam itu??

Aku tanya juga laki aku apa pasal aku, laki aku hanya suruh bersabar sebab dia cakap ada balasan dan bahagian orang-orang yang sabar ini.

Aku tak tahulah setakat mana boleh bersabar, doakan aku supaya di berikan kesabaran yang tertinggi. Eiya via IIUM.http:bulletinmedia.blogspot.my
loading...

0 Response to "Mak Mertua Aku Mulut Jahat Suami Aku Ini Serba Salah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close