"Tudung Labuh Tak Menjadikan Seseorang Sempurna," Perkongsian Menarik Wanita Ini Dikelilingi Mereka Yang Bertudung Labuh

loading...

Sudah menjadi lumrah manusia, lebih suka melihat keburukan seseorang daripada kebaikan, suka menilai yang sikit untuk menghukum yang banyak, menjatuhkan hukum sehingga yang mulia akan dipandang hina.

Sejak kebelakangan ini dilihat ramai yang memuatnaik status mula menghina golongan agama gara-gara tidak 'sebulu' dengan pendapat diri sendiri, golongan yang belajar kitab pun dicerca dan diperlekehkan, inikan pula orang biasa.

Dilihat jugak banyak pos di laman sosial kini mula mencerca golongan orang biasa menutup aurat gara-gara kesalahan yang dilakukan oleh seorang dua daripada kalangan mereka, ada admin terbaca semalam satu pos yang dilihat mencerca golongan ini gara-gara terjumpa seorang dua yang berperangai teruk.

Mereka juga manusia biasa, ada banyak kekurangan tetapi mengenakan pakaian mengikut syariat bukan bermakna mereka ini sempurna sehingga tahap ulama atau umara, tapi jangan kerana kesalahan seorang dua terus kesemua mereka dihukum, dihina sehingga mendatangkan persepsi negatif kepada semua.

Dikongsikan oleh seorang wanita kisahnya dia yang dikelilingi oleh ramai wanita bertudung labuh, pengalaman yang diceritakannya cukup menggambar serba sedikit wania bertudung labuh.

Jom kita baca.

Assalamualaikum.

Terima kasih admin menyiarkan penulisan ini.

Sebenarnya memang tak pernah terlintas langsung nak hantar confession bagai. Tetapi sejak akhir-akhir ini,terlalu banyak pula confession yang memburukkan muslimah-muslimah ni.

Mungkin kerana geng-geng muslimah ni takde masa nak tulis semua ni, mereka hanya rajin membaca je kot? Jadi izinkan aku mewakili mereka untuk perbetulkan tanggapan masyarakat terhadap golongan ini sebelum ianya menjadi lebih parah.

Aduh mukadimah aje dah panjang. Korang masih meneruskan lagi ke pembacaan ni? Harap-harap masih terus baca sebab penting ni apa yang aku nak sampaikan.

Alhamdulillah aku dikelilingi oleh rakan-rakan muslimah yang baik-baik belaka. Bukanlah tidak ada yang kurang dan cacat cela mengenai depa. Ada je, manusia tidak sempurna kan? Cuma itu hanyalah picisan dalam diri mereka yang tidak perlu aku perbesarkan. Aku lebih berminat untuk menceritakan kebaikan mereka, supaya masyarakat tahu, sebenarnya masih RAMAI wanita bertudung labuh yang baik akhlaknya dan ibadahnya.

Sebenarnya aku ni biasa-biasa je, tapi dikelilingi oleh kawan-kawan yang super solehah macam depa ni. Yang jenis tudung labuh, baca mathurat, solat Jemaah, pergi usrah, bangun qiam. Memang indah hidup dalam golongan sebegini. Sebabnya bila rasa malas, depa la yang jadi kekuatan aku. Lagi-lagi bila dah duduk satu rumah sewa. Dalam rumah sewa kami, boleh dikatakan akulah yang paling biasa-biasa sahaja. Diorang ni ada bawa usrah masing-masing, kiranya bertanggungjawab memberikan usrah untuk adik-adik junior.

Dalam rumah sewa kami memang ada rule, awal-awal masuk rumah semua setuju tampal nota kecik “jaga kebersihan”, “jangan tinggalkan pinggan mangkuk tak berbasuh”, “pastikan dapur bersih”

Ini sebenarnya bertujuan untuk menegur satu sama lain secara indirectly. Jadi tak de lah berlaku kes tak puas hati orang tu tak nak basuh pinggan, orang tu tak reti nak kemas dapur bila dah masak, bla bla bla.. nak tak nak semua kene ikut peraturan dalam rumah. Bukan tu je, kat rumah kami siap ada jadual siapa jadi imam untuk solat Jemaah. Cuma aku je kadang-kadang culas tak nak jadi imam, so aku buat-buat lambat supaya boleh jadi makmum. haha teruk punya perangai.

p/s: bagi yang ada housemate bermasalah tu, mungkin boleh gunakan kaedah tampal nota ni. Lagi bagus kalau awal-awal lagi dah tampal sebelum semua buat perangai buruk.

Ya, masih ada muslimah bertudung labuh tetapi akhlak dan pergaulannya dengan lelaki terjaga. Tapi kadang-kadang bila dengan geng-geng perempuan, depa pun boleh jadi gila-gila juga. Ada sekali tu, aku ajak kawan aku yang tudung labuh ni pergi rumah member aku yang free hair. 

Kebetulan housemate yang sorang ni jenis suka buat lawak. Kawan aku yang freehair ni cakap tak sangka boleh ngam dengan housemate aku yang tudung labuh tu disebabkan hanya kerana layan perangai dia yang masuk air tu. Padahal dulu dia cakap, takut nak tegur housemate aku yang sorang ni. Apa ingat yang biasa-biasa ni jeke boleh buat perangai ting-tong dan bergelak ketawa?

Tapi sekarang Alhamdulillah, member yang free hair tu dah pakai tudung. Ni bukan pakai tudung biasa tau,siap pakai tudung labuh! Memang betul-betul berubah. Aku sendiri tak tahu apa yang buatkan dia berubah mcm tu, tapi dia still kawan dengan member-member free hair dia. Dan member free hair dia pun support dia. Tu yang best tu sebab diorang takda nak judge-judge orang. Kalau kita asyik nak judge orang, tu yang jadi masalah.

Ya, masih ada muslimah bertudung labuh tapi tak tergedik-gedik dengan lelaki. Tapi bila tak layan, korang cakap dia tu sombong pula dan bajet alim. Padahal punyalah penat kawan ni nak jaga hati. 

Kawan aku ni, no telefon lelaki pun dia takde, kecuali nombor-nombor lelaki yang satu organisasi dengan dia sebab senang nak berurusan kalau diorang ada program.

Tapi tak ramai yang sedar kewujudan orang seperti dia sebab dia tak menonjol dalam komen-komen, tak menonjol kat mana-mana. Cuba kalau dia huha-huha kat facebook, confirm kena kutuk. Kita lebih nampak keburukan muslimah bertudung labuh yang rajin membalas-balas komen di facebook dan tidak menjaga pergaulan ketika diluar. Lepas tu kita declair yang tudung labuh semua macam tu, nampak je baik, tapi……..

Ya, masih ada muslimah bertudung labuh yang berkawan dengan budak free hair dan kawan yang huha-huha. Bagi dia dan rakan-rakan, kawan-kawan sebeginilah yang perlu mereka rapat. Tapi kita pula fikir, mesti budak tudung labuh tu pun perangai macam kawan-kawan dia, huha-huha juga. Aku pun dulu pernah fikir macam tu juga sebenarnya. Betapa sempitnya pemikiran aku waktu tu.

Pernah terjadi satu peristiwa, kawan-kawan muslimah aku ini sampai sanggup bergilir-gilir menjaga kawan mereka yang masuk wad akibat kemalangan. Disebabkan keluarganya jauh, jadi kawan-kawan muslimah aku inilah yang menjaga dia. Dah lah time tu waktu exam. Tapi diorang sanggup korbankan masa dan adjust masa yang sesuai untuk study.

Pernah juga seorang kawan kami ni, tak cukup duit nak bayar yuran pengajian. diorang juga la yang bantu member sorang ni. Depa bagi suggestion supaya dia buat kerja part time, dan diam-diam diorang buat kutipan sesama diorang untuk bantu ringankan beban dia. Aku yang tengok usaha diorang pun rasa terharu, apatah lagi member sorang ni.

Sungguh, aku bersyukur dapat mengenali ramai insan-insan pilihan yang Allah hadirkan dalam hidup ni. Kerana pemakaian mereka, akhlak yang ditonjolkan, pengorbanan yang dilakukan membuatkan aku jealous dengan diorang.

Bukanlah aku tidak percaya kewujudan muslimah-muslimah tudung labuh tetapi perangai teruk ni. Memang ada je golongan ni. Tapi tu lah, aku cerita berdasarkan pengalaman hidup aku dan orang-orang yang berada disekeliling aku. aku ingin beritahu, bahawa masih ramai lagi muslimah yang bertudung labuh yang menjaga pergaulan dan perangai baik. 

Masih ramai lagi lelaki yang berkopiah tetapi tidak layan perempuan. Masih ramai lagi yang berniqab tetapi tidak menonjolkan diri mereka.

Anda tidak jumpa mereka yang baik-baik ini kerana mereka tiada di sekeliling anda. Memang izin Allah, anda jumpa yang berperangai kurang elok, tetapi jangan jadikan itu alasan untuk anda tidak mahu berubah jadi lebih baik. Yang buruk itu adalah perangai mereka, tetapi jangan sesekali membenci pemakaian mereka.

“lebih baik aku pakai tudung biasa sahaja, asalkan perangai tak teruk daripada pakai tudung labuh tetapi mulut bau longkang.”

Adakah ini bermakna yang tudung labuh mesti jadi sempurna dimata orang lain. Yang free hair, yang pakai tudung biasa ni boleh buat perangai teruk kutuk-kutuk orang? Bukankah kita masing-masing bawa nama Islam? Adalah tidak adil jika anda menghakimi orang sebegitu.

Sebaiknya, biarlah ada niat nak berubah jadi lebih baik, nak berpakaian lebih baik, dan apa yang terjadi dalam hidup anda itu jadikan panduan supaya kelak anda tidak lakukan perkara yang sama pada orang lain.

Bagi yang bertudung labuh pula, jagalah sikap dan pergaulan anda. Anda sentiasa diperhatikan orang dan dijadikan panduan bagi orang lain. Pemakaian yang anda pakai adalah lambang Islam. 

Berlapang dada lah dengan segala teguran yang membina, ubahlah semula persepsi masyarakat terhadapat golongan tudung labuh ini. Kasihan yang lain, penat mereka menjaga nama Islam, anda senang-senang mencalarkan imej Islam. Yang buruk, ubah. Yang baik,kekalkan.

Ingat kalau korang jumpa perempuan tudung labuh yang teruk perangai, yang teruk tu perangai dia BUKAN semua perempuan yang bertudung labuh. Masih ramai yang elok peribadinya.

Kalau korang jumpa perempuan free hair yang mencarut, ingat yang teruk tu perangai dia, bukan semua perempuan free hair teruk. Masih ramai yang pasang niat nak bertudung dan berubah.

Jom sama-sama perbaiki diri! Miss biasa-biasa sahaja
loading...

0 Response to ""Tudung Labuh Tak Menjadikan Seseorang Sempurna," Perkongsian Menarik Wanita Ini Dikelilingi Mereka Yang Bertudung Labuh "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close