Umur Baru 19 Tahun Dah Bergelar Juruterbang Professional?

loading...
screen-shot-2016-07-04-at-1-59-48-pm
 Oleh Feyra Nasrom Sumber metro.co.uk

Kalau dah nama rezeki tertulis untuk anda, tidak kira umur atau tidak, pasti akan menjadi milik anda. Seorang remaja dari UK mencipta nama apabila berjaya membuktikan kejayaan di usia 19 tahun dengan bergelar  juruterbang termuda di UK.

screen-shot-2016-07-04-at-2-00-03-pm

Setelah berjaya mengambil ujian juruterbang laluan terpantas, Luke Elsworth ditawarkan pekerjaan oleh easyjetsdan dimasukkan ke program latihan CTC Aviation di Southampton.

Remaja ini akhirnya berjaya menjadi pegawai utama selepas selesai menghabiskan latihan enam bulan pada April lalu, dan memegang jawatan sebagai pegawai utama di easyJet.

screen-shot-2016-07-04-at-1-59-58-pm

Menurut Elsworth, perkara ini dalam masa yang sama beri semangat kepada anak muda untuk mengikuti jejak langkah beliau, umur bukan penentu untuk anda kecapi kejayaan. Selagi ada usaha yang tidak putus, pasti tiada yang mustahil di dalam dunia ini.

Elsworth juga merupakan juruterbang termuda pernah tercipta dalam sejarah UK.
loading...

0 Response to " Umur Baru 19 Tahun Dah Bergelar Juruterbang Professional?"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close