"Ayah pernah sindir dan gembira jika saya bekerja sekadar jaga pintu Hotel Hilton"

loading...


Kuala Lumpur – Satu masa dulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes pernah disindir ayahnya ketika ditanya cita-cita beliau.

Dalam wawancara bersama Bloomberg, Tony yang kini merupakan antara taikun terkaya di Asia, menceritakan reaksi ayahnya ketika diberitahu impiannya mahu memiliki syarikat penerbangan.

“Dia kata, ‘Kau dapat jadi penjaga pintu di Hotel Hilton pun saya akan gembira’.

“Itu ayatnya yang sebenar. Saya masih ingat,” kata Tony.

Dalam wawancara itu, Tony berkata industri penerbangan di Asia masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan Eropah, di mana syarikat penerbangan memiliki lebih banyak pesawat.

Pada 2001, Tony dan beberapa rakannya mengasaskan Tune Air Sdn Bhd dengan misi mahu menawarkan peluang kepada lebih ramai orang menaiki pesawat, yang selama ini hanya menjadi medan segolongan elit.

Mereka membeli AirAsia, yang ketika itu dibebani hutang RM40 juta, daripada DRB-Hicom, pada harga RM1.

Daripada hanya dua pesawat yang hanya terbang ke Pulau Langkawi, AirAsia kini terbang ke hampir 70 destinasi seluruh dunia, dengan staf lebih 17,000 orang di beberapa buah negara dan keuntungan tahunan hampir RM2 bilion.

Tony berkata beliau mendapat ilham daripada syarikat tambang murah Eropah, Ryanair dan EasyJet, dan terlintas di fikirannya ia boleh diulangi di Asia.

“Bagi saya, sentiasa ada sempadan halus memisahkan kebijaksanaan dan kebodohan,” kata Tony dalam wawancara Bloomberg itu.

“Satu angka sentiasa bermain di fikiran saya apabila saya membuat kajian: Hanya 6% penduduk Malaysia menaiki pesawat. Jadi, saya mempunyai 94% pasaran,” kata usahawan itu.

Katanya, tidak ada sebab mengapa industri penerbangan di Asia menjadi lebih pesat, dan tidak pelik sekiranya syarikat penerbangan memiliki antara 500 dan 1,000 pesawat.

“Anda tidak boleh memandu dari satu bahagian Asia ke bahagian lain. Anda boleh berbuat begitu di Eropah. Pasaran ini mempunyai potensi besar,” kata Tony.

Katanya, beliau sentiasa mengalu-alukan persaingan sengit, seperti yang dihadapi syarikatnya di Indonesia daripada Lion Air, dan daripada Cebu Air di Filipina.

“Idea saya bukan baharu. Saya belajar daripada (pengasas Southwest Airlines) Herb Kelleher, (CEO Ryanair) Michael O’Leary dan Stelios (Haji-Ioannou, pengasas EasyJet).

“Tidak siapa yang eksklusif dengan sesuatu idea.” 



Sumber : http://www.kualalumpurpost.net/tony-fernandes-pernah-disindir-ayah/
loading...

0 Response to ""Ayah pernah sindir dan gembira jika saya bekerja sekadar jaga pintu Hotel Hilton" "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close