Dua Rakyat Sabah Ditahan Jual Beruang Matahari

loading...
KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan ditangkap ketika cuba untuk menjual anggota badan haiwan terlindung - beruang matahari.



Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya berkata, kedua-dua suspek berusia 30an, dari pedalaman Sabah tiba di sini untuk menjual anggota badan beruang berkenaan pada Isnin.

Menurut beliau renjer hidupan liar merampas lapan kaki beruang, dua pundi hempedu dan lapan gigi milik beruang matahari daripada suspek.

Beliau berkata orang ramai memberi maklumat kepada pihak jabatan bahawa suspek dalam perjalanan ke Tanjung Aru untuk menguruskan transaksi jualan.

"Saya mengarahkan pasukan saya untuk segera pergi ke lokasi dan mencari suspek," katanya.

Baya bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah jualan anggota badan haiwan berkenaan.

Beliau berkata pasukan itu menahan suspek ketika mereka turun dari kenderaan mereka dan merampas beberapa barang-barang, termasuk sebuah 4WD dan telefon bimbit.

"Kami telah menahan reman kedua-dua suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang," kata Baya.

Beruang matahari adalah haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah, 1997.

Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya.

Perdagangan haram pundi hempedu beruang boleh mencecah antara RM1,500 dan RM2,000 sekeping manakala kaki beruang berharga sehingga RM200 setiap satu sementara giginya boleh mencecah kira-kira RM100 sebatang.
loading...

0 Response to " Dua Rakyat Sabah Ditahan Jual Beruang Matahari "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close