Gara-Gara Cakaran Kucing, Ingatkan Sekadar Ketumbit Biasa Rupa-Rupanya… Ngeri!

loading...
Bila jumpa kucing yang comel dan gebu ni mesti rasa nak gomol-gomol je kan, malah bermain dengan haiwan manja ni merupakan salah satu terapi emosi yang sangat baik kerana telatahnya yang sangat menghiburkan. 
Namun, korang jangan ambil ringan jika terkena cakaran dorang ni. Cepat-cepat disinfect dan apply antiseptic cream. Jangan sampai jadi macam adik ni baru nak ambil tindakan. Bahaya!

Bangun pagi mata sakit, bengkak dan merah

CAT SCRATCH DISEASE..
Selepas hampir sebulan lebih, baru rasa tergerak hati untuk share pengalaman sendiri. Aku langsung tak pernah terfikir akan kena sakit macam ni walaupun hampir setiap hari berurusan dengan pesakit (kucing) dan hampir hari-hari terkena cakaran kucing.
Semuanya bermula pada hari raya ke 4 bulan lepas. Aku bangun pagi, mata sakit, bengkak, dan merah. Mula-mula ingatkan ketumbit biasa macam aku kena mase kecik-kecik dulu. Jadi aku pun buat rawatan sendiri beli eye drop kat farmasi. Tapi tak ok jugak.

Doktor kata ada jangkitan kuman, ada bijik bawah kelopak mata

Hari raya ke 6, aku dah balik Melaka sebab nak sambung keje, aku ke klinik untuk dapatkan rawatan. Doktor kata aku allergi, tapi dah ada jangkitan kuman, sebab aku dah start demam, selsema dan batuk. So, doktor bagi ubat demam, allergy, antibiotik, eye drop, dengan eye ointment. Selepas 1 minggu, aku perasan macam ada benda yang bergerak-gerak bawah kelopak mata aku.
Sekali aku terbalikkan kelopak mata, ada bijik. Masa tu kecik je tapi dalam masa 2 minggu, biji tu membesar 2 kali ganda dan jadi merah, berair, dan teramatlaa sakit sampai mata aku tak boleh bukak langsung. Walaupun masa tu aku memamng on treatment. Ubat memang aku takda skip. Mata aku pulak makin lama makin kabur. Demam, selsema aku berulang, sembuh sekejap lepas tu datang balik.

Disahkan terkena ‘Cat Scratch Desease’ berpunca dari bakteria

Dipendekkan cerita, aku dirujuk kepada pakar mata. Pemeriksaan menyeluruh dibuat termasuk sampel darah untuk serology dan sampel bijik dalam mata aku. Selepas 2 minggu, aku disahkan terkena penyakit ‘CAT SCRATCH DISEASE’ yang berpunca daripada bakteria BARTONELLA HENSELAE.
Aku macam tak percaya. Serius. Sungguh tapi aku dah terima hakikat dan semua ni buatkan aku tambah berhati-hati bila kena cakaran kucing, terus disinfect tangan dan apply antiseptic cream. Sapa tau. Sekarang, aku masih lagi dalam rawatan. Mata semakin kurang bengkak, dah boleh buka walaupun sepet. Dan paling penting dah tak sakit. Tapi, aku masih lagi demam dan selsema berulang-ulang.
Semoga cerita aku menjadi tauladan untuk semua. Jangan ambil mudah dengan cakaran kucing. Terus cuci tangan. Kalau belum ada tenanus protection, pergi klinik untuk dapatkan tetanus injection. Kalau bengkak, terus dapatkan rawatan doktor. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Dan doakan aku cepat sembuh.
sumber: Tun Tejaa
loading...

0 Response to "Gara-Gara Cakaran Kucing, Ingatkan Sekadar Ketumbit Biasa Rupa-Rupanya… Ngeri!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close