300,000 Penduduk Kelantan Alami Masalah Kesihatan Mental Akibat Tekanan Hidup - Kajian KKM

loading...

BACHOK - Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2015, kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup, lapor Bernama. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, jumlah yang besar itu mengalami masalah tersebut akibat dari pelbagai tekanan hidup, termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga. 

"Sebilangan besar mereka berumur di antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita," katanya selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini.

Dr Ahmad Razin berkata, sekiranya masalah kesihatan mental yang dialami tidak dirawat lebih awal, ia berisiko tinggi untuk pesakit mendapat penyakit mental. 

Bagi tujuan merawat pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menyediakan perkhidmatan psikiatri. 

Hospital Tanah Merah dan Hospital Kuala Krai pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar psikiatri. Sementara itu hospital daerah lain menyediakan perkhidmatan berkala, katanya. 

Tambahnya, di samping itu terdapat 10 pusat pemulihan psikososial di seluruh Kelantan dan bagi daerah Bachok bertempat di Klinik Kesihatan Bachok. 
loading...

0 Response to "300,000 Penduduk Kelantan Alami Masalah Kesihatan Mental Akibat Tekanan Hidup - Kajian KKM"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close