Bapa Tinggalkan Anak Mati Dalam Kereta (Suhu 39'C) Selama 7 Jam Disabit Bersalah Kerana Membunuh

loading...

GEORGIA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang bapa yang meninggalkan bayinya berusia 1 tahun 10 bulan di dalam tempat duduk belakang kereta selama 7 jam dengan haba 31'c maut, sementara dia menghantar mesej lucah kepada beberapa kenalan wanitanya didapati bersalah atas tuduhan membunuh, lapor Mirror. 

Justin Ross Harris, 35, berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas juri mensabitkan segala pertuduhan termasuk membunuh dengan niat dan beberapa lagi pertuduhan yang lain. 


Anak tertuduh, Cooper, meninggal dunia akibat kepanasan yang melampau pada Jun 2014 selepas bapanya meninggalkan dia di dalam kereta SUV di luar pejabat selama 7 jam semasa dia bekerja di Home Depot, Marietta, Georgia. 

Menurut saksi (pakar) pihak pendakwaan, suhu di dalam kereta itu menghampiri 49'c. 

Semakan rekod pada penggunaan telefon dan internet mendapati, Harris telah menghantar mesej lucah yang agak banyak pada hari kejadian ketika anaknya mati di dalam kereta. 

Pihak pendakwaraya berhujah bahawa Harris sengaja meninggalkan anaknya di dalam kereta atas beberapa masalah dan mahu melarikan diri dari keluarganya. 

Namun, peguambela mendakwa kematian Cooper adalah akibat kemalangan dan Harris seperti manusia yang lain di mana dia hanya terlupa yang anaknya berada di dalam kereta. 


Ketika perbicaraan, Harris tidak memberi sebarang keterangan namun menangis apabila melihat gambar-gambar anaknya yang telah mati itu ditunjukkan kepada juri. Harris tetap tenang ketika mahkamah memutuskan bahawa dia bersalah, lapor Reuters. 

Sepanjang prosiding, pasukan peguam Harris mengakui bahawa Harris bertanggungjawab di atas kematian anaknya, Cooper. Namun masih bertegas bahawa apa yang terjadi adalah kemalangan di mana sebelum itu Harris mengambil anaknya untuk bersarapan sebelum terlupa anaknya tertinggal di dalam kereta apabila dia pergi bekerja. 

Mahkamah menetapkan 5 Disember ini untuk menetapkan hukuman terhadap Ross Harris. - The Reporter
loading...

0 Response to "Bapa Tinggalkan Anak Mati Dalam Kereta (Suhu 39'C) Selama 7 Jam Disabit Bersalah Kerana Membunuh"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close