Pasangan Bahagia Takkan Tunjuk Kebahagiaan Di Media Sosial

loading...
Semenjak adanya media sosial, ditambah pula dengan kecanggihan telefon pintar, wujud golongan yang suka berkongsikan apa-apa sahaja di laman sosial sehingga adakalanya menimbulkan rasa kurang senang netizen yang lain. 

Sehingga ada yang sanggup berkongsikan 'hal dalam kain' berkait rumah tangga turut dikongsi. Apakah tujuan mereka sebenarnya? Mahukan perhatian rakan maya sehingga hilang rasa malu dan secara tidak langsung mengaibkan pasangan? 

(Gambar Hiasan) Contoh kegilaan seorang bapa merakam saat isterinya bersalin 
Menurut Mingguan Wanita, jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu bahawa anda adalah pasangan bahagia, adalah satu kesilapan besar memuat naik gambar, video atau cerita di media sosial kerana pasangan yang bahagia tidak akan atau jarang sekali akan mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial.

Ini kerana:

1. Cukup hanya pasangan saja yang rasa

Sewaktu pasangan sedang enak menikmati makanan, anda pula sibuk nak merakam gambar. Akhirnya, pasangan anda pula terpaksa menunggu dan kadang-kadang berlakon semata-mata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial. 

Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan menikmati rasa bahagia? Jika ada pun gambar yang dirakam untuk tatapan peribadi, bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini, ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan. 

2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak akan berminat untuk menunjuk atau membuktikan kebahagiaan mereka kepada orang lain. Ini kerana, perasaan bahagia itu bersifat peribadi dan tidak perlulah membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain. 

3. Bimbang menjadi riak

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangna itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang membuatkan kita bahagia, belum tentu orang lain akan turut bahagia. Jadi, untuk apa ia dicanangkan?

4. Enggan bahayakan kehidupan keluarga

Bila bawa anak ke mana-mana, check in. Bila suami tiada di rumah pun, diberitahu melalui status di media sosial. Tidakkah anda terfikir bahawa cara ini akan memudahkan dan mendekatkan diri anda dengan kes jenayah? 

5. Usah bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki

Setiap pasangan mempunyai masalah dan dugaan hidup yang berlainan. Kita mungkin bahagia, tetapi pasangan lain mungkin sebaliknya. Jadi, usahlah berbangga dengan kebahagiaan yang dikecapi. Tiada guna membanding-bezakan kehidupan kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka. 

6. Bahagia untuk dirasa, bukan untuk dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya dengan baik. Bukannya mahu diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie yang kemudian dimuat naik di media sosial. 

loading...

0 Response to "Pasangan Bahagia Takkan Tunjuk Kebahagiaan Di Media Sosial"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close