(Video) Pencuri Pecah Masuk Kereta Mangsa Tanpa Aktifkan Penggera

loading...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki kerugian wang ringgit apabila beg pinggangnya yang diletakkan di dalam kereta disamun oleh seorang lelaki. 

Dalam kejadian pada malam Jumaat lalu, mangsa dan keluarganya pergi ke pasar raya NSK untuk membeli beberapa barang keperluan, selepas habis waktu bekerja. 

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa meletakkan beg pinggangnya yang berisi wang hasil perniagaannya di dalam laci dashboard kenderaan yang diparkirkan di ruang tempat letak kereta dan masuk ke dalam pasar raya. 

Apabila pulang ke rumah, mangsa mendapati begnya sudah hilang dari laci tersebut. Mangsa segera membuat laporan polis di balai sebelum kembali ke pasar raya tersebut untuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek seorang lelaki dilihat bukan sahaja menggeledah kereta mereka, malah beberapa kereta berhampiran. Malah, suspek juga mempunyai remote keyless utama yang membolehkan suspek membuka kereta mangsanya tanpa mengaktifkan penggera keselamatan. 

Menurut anak mangsa, Debby Yiing, yang memuat naik video kejadian itu berkata, dalam video pertama suspek telah membuka kereta mereka dengan remote keyless dan mula menggeledah kereta mereka. Suspek kemudian menggeledah bahagian bonet belakang dan kembali menggeledah bahagian laci dashboard sebelum meninggalkan tempat kejadian. 

Video kedua pula menunjukkan suspek menggunakan cara yang sama untuk menggeledah kereta yang lain. 

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek dilihat memandu kereta nombor pendaftaran WQE2799, dipercayai kereta curi yang digunakan oleh suspek menjalankan perbuatan jenayahnya itu. 

"Kami tak tahu macam mana lelaki itu ada master keys untuk semua jenis kereta yang telah menjadi mangsanya. Malah tiada sebarang kesan kereta mangsa telah digeledah," kata Debby. 

Ekoran kejadian itu, Debby menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak meletakkan barang yang berharga di dalam kenderaan semasa memarkirkan kereta di parkir pasar raya atau di mana-mana sahaja. - The Reporter
loading...

0 Response to "(Video) Pencuri Pecah Masuk Kereta Mangsa Tanpa Aktifkan Penggera"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close