Sudah Peluk & Minta Maaf Pada Anak Sulung Anda?

loading...
Nor Azura dan anak sulungnya | Foto - Nor Azura

Sebelum ada 2, 3, 7 mahupun 10, kita bermula dengan satu. Begitu juga anak, kita bermula dengan yang sulung. Kerana dia, kita belajar melahirkan, menyusukan, menukar lampin dan bagaimana mendidik anak-anak. Manis kan saat itu? Kekoknya kita tiap kali melalui perkara baru. 

Hadir anak yang kedua, kita meminta anak yang sulung untuk berdikari. Kasih juga sudah berbagi. Adakala terbit rasa kesal pada diri kita kerana kurangnya perhatian pada anak yang sulung. 

Rakan-rakan, gunakanlah setiap masa yang ada. Anak yang sulung juga punya hati walaupun mereka masih kecil. Jangan diikut amarah itu dengan melepaskan semua padanya. 

Setiap pagi, peluklah mereka, sebelum tidur minta maaf pada mereka seandainya kita terlepas memarahi atau tidak melayani mereka. Luangkan masa melayani anak yang sulung dan kecil bersama-sama. 

Orang luar, hentikanlah berdialog,

"Kasihan dia, ibu dah tak sayang dia. Ibu dah ada adik,"

Anak ini nampak kecil tetapi mereka memahami. Bimbang ia meninggalkan luka yang dalam di hati mereka. Hati yang luka masih boleh dirawat tetapi jangan dilengahkan. 

Rakan-rakan, peluklah anak sulung anda setiap hari. Ucapkan terima kasih padanya kerana kita belajar banyak perkara baru kerana hadirnya dia. 

Sayang itu adil, tetapi yang sulung paling istimewa kerana dia yang pertama. - Nor Azura | The Reporter
loading...

0 Response to "Sudah Peluk & Minta Maaf Pada Anak Sulung Anda? "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close