(Foto) 'Nak Mati, Matilah Seorang Dirilah' - Netizen Kecam 2 Bikers Merokok Di Stesen Petronas

loading...

AYER KEROH, MELAKA - Tindakan 'bodoh' dua penunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai warga asing yang merokok di sebuah stesen minyak di RnR Ayer Keroh, cetus kemarahan netizen. 

Gambar dua lelaki berkenaan dimuat naik oleh Noel Silas di laman Facebook yang mendakwa dua lelaki berkenaan bertindak biadab apabila ditegur agar jangan merokok di kawasan stesen minyak. 

"Dua bikers ini merokok di stesen minyak. Kakitangan Stesen Petronas menegur dan meminta dua individu ini tidak merokok di kawasan larangan, namun tidak diendahkan. Malah dibalas pula dengan isyarat lucah," katanya dalam kejadian yang sempat dirakam pada Sabtu lalu. 

Neol berkata, pihak stesen minyak sepatutnya menguatkuasakan larangan itu dengan lebih tegas. Namun beliau dimaklumkan bahawa sudah banyak kali kakitangan stesen menegur tindakan beberapa pengunjung yang merokok di kawasan larang itu, malangnya tidak diendahkan. 

"Mereka (kakitangan) sudah malas nak menegur sebab tiada sesiapa yang akan patuh mahupun mendengarnya," katanya. 

Noel hanya sempat merakam gambar dua lelaki berkenaan dan tidak sempat mencatitkan nombor pendaftaran motosikal berkuasa tinggi mereka kerana jumlah kehadiran mereka di stesen itu agak ramai, dan dalam masa yang sama dia perlu beredar segera kerana ada urusan lain. 

Dua bikers ditegur agar tidak merokok di kawasan stesen minyak, namun dibalas dengan middle finger. | Foto - Noel Silas

Sementara itu netizen mengecam tindakan dua lelaki berkenaan yang dianggap telah mencemarkan imej bikers tempatan. 

"Dia ingat dia ada motor besar, dia boleh besar kepala atau buat apa-apa saja yang dia suka? Kerana tindakan bodoh dua bikers ini, habis terpalit juga pada kumpulan bikers yang lain," kata netizen.

Terdahulu dalam kejadian 11 November lalu, sebuah stesen minyak hampir terbakar gara-gara tindakan bodoh seorang remaja lelaki yang bergurau mahu menyalakan pemetik api ketika rakannya sedang mengisi minyak motosikalnya

Artikel berkaitan: (Video) Gurauan Berapi 

Tindakan bodoh remaja terbabit telah menyebabkan tangki motosikal serta nozzle terbakar. Namun berjaya dipadamkan oleh kakitangan stesen Petron. - The Reporter
loading...

0 Response to "(Foto) 'Nak Mati, Matilah Seorang Dirilah' - Netizen Kecam 2 Bikers Merokok Di Stesen Petronas"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close