Mangsa Dibunuh & Dikerat 10 Bahagian Kerana Berebutkan Seorang Janda

loading...

TANGKAK - Susulan kes mayat seorang lelaki dikerat 10 bahagian dan disembunyikan di dalam saliran longkang di Jalan Kesang Laut, Ahad lalu, polis telah mengenal pasti identiti mangsa.

Mangsa, Omar Miskam, 49, bekerja sebagai pemandu jengkaut, maut ditetak oleh suspek berusia 19 tahun di bahagian kepala dengan parang, sebelum mayatnya dikerat kepada 10 bahagian. 

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di antara jam 12 tengah malam pada 31 Oktober sehingga awal pagi keesokan hari sebelum mayat mangsa ditemui pada Ahad, jam 3.15 petang. 

Lapor The Malay Mail Online, sebelum mangsa dibunuh, dipercayai berlaku perebutan di antara mangsa dengan suspek (remaja OKU) terhadap seorang janda. Suspek yang juga pelajar Pusat Giat Mara, mempunyai satu rekod jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut pada tahun 2013.

Janda berusia 23 tahun, pelajar sebuah Kolej Komuniti itu juga dilaporkan telah membantu suspek utama melakukan jenayah itu.

Seorang lagi lelaki berusia 56 tahun juga dilaporkan turut terlibat dalam membantu suspek utama membuang mayat mangsa. 

"Lelaki tersebut yang juga bapa saudara suspek utama dipanggil ke lokasi untuk meminjamkan van untuk membuang mayat mangsa tetapi tidak jadi, lalu mayat mangsa disorokkan dalam saliran longkang rumah tersebut. 

"Pada malam kejadian, ahli keluarga suspek utama turut berada di dalam rumah. Namun tidak mendengar dan mengetahui kejadian tersebut kerana hujan lebat pada ketika itu," katanya. 

Polis turut merampas sebilah parang, sebatang cangkul, sembilan buah telefon bimbit, dua buah kereta dan sebuah van dan motosikal.

Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan | Foto - Utusan Malaysia
Lapor Utusan Malaysia, jenazah Omar Miskam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Panchor pada jam 8.15 malam tadi. - The Reporter
loading...

0 Response to "Mangsa Dibunuh & Dikerat 10 Bahagian Kerana Berebutkan Seorang Janda"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close