Pesakit Hilang Telinga Dalam Kemalangan Bakal Dapat Telinga Baru Yang Ditanam Pada Lengannya

loading...

CHINA - Pesakit yang kehilangan telinganya dalam kemalangan, kini bakal mendapat 'telinga baru' yang ditanam di lengannya, lapor People Daily China.

Doktor yang merawat seorang lelaki yang kehilangan telinga kanannya dalam kemalangan kereta, telah membantu pesakit berkenaan menanam telinga baru di lengannya. 

Pesakit yang hanya dikenali sebagai Ji, berusia 30'an, cedera parah dan dirawat oleh seorang doktor pakar, Guo Shuzhong, di Hospital Universiti Jiaotong Xi'an di Xi'an, wilayah Shaanxi. 

Guo, yang mempunyai 33 tahun pengalaman dan rakannya, Shu Maoguo, membuat satu pelan pembangunan semula menggunakan sebahagian dari rawan tulang rusuk pesakit. 

Dalam fasa pertama, doktor menanam penambah kulit di lengan pesakit dan disuntik dengan air untuk mengembangkan kulit. 

Dalam fasa kedua, doktor mengambil bahagian rawan tulang rusuk dari pesakit dan ditanam di bawahnya yang mana telah berjaya dilakukan pada Selasa lalu. 

"Dalam fasa ketiga pula akan melakukan pemindahan telinga baru ke kepala pesakit dan mengambil masa dalam tiga atau empat bulan lagi," kata Shu. 

Jelasnya, mereka perlu menunggu telinga baru tersebut berkembang sepenuhnya sebelum dipindahkan ke kepala pesakit. 

Reaksi Ji yang melihat telinga tumbuh di tangan kanannya, hanya tersenyum dan berkata, "ia kelihatan sama seperti telinga lama saya," - The Reporter
loading...

0 Response to "Pesakit Hilang Telinga Dalam Kemalangan Bakal Dapat Telinga Baru Yang Ditanam Pada Lengannya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close