(Video) Muka Lawa Tapi Peragut

loading...

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak kecil berusia lingkungan 5-7 tahun yang memakai rantai emas diragut oleh seorang wanita di sebuah pusat beli belah, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian jam 5 petang di butik F.O.S, Imago Shopping Mall, mangsa yang mengunjungi butik berkenaan bersama ibunya diragut oleh seorang wanita dan ibunya, Bibiana Matsah, hanya menyedari kejadian itu setelah mangsa mengadu kepadanya. 

Terkejut dan panik dengan kejadian itu, ibu mangsa segera mengadu perkara itu kepada orang di sekeliling namun, pengunjung yang lain kelihatan keliru dan tak berbuat apa-apa. 

Ekoran kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis sebelu meminta kerjasama pihak butik berkenaan menunjukkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV).

Hasilnya, kelihatan seorang wanita bertudung bersama dua lagi individu yang dipercayai rakan subahatnya memang sudah lama memerhatikan rantai emas di leher anaknya. 

Suspek dan dua rakan subahatnya dilihat masih berada di dalam butik berkenaan, berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku. Malah suspek lalu di hadapan mangsa beberapa kali. 


Suspek bertudung putih berbaju biru memerhatikan mangsanya, ditemani seorang individu berpakaian hitam dipercayai rakan subahat.
Suspek menghampiri dan memperbetulkan kedudukan rantai emas mangsa agar mudah diragut.
Ketika ibu dan mangsa berjalan ke depan, suspek mengambil kesempatan untuk meragut rantai emas mangsa
Ibu mangsa menyedari kejadian itu setelah dimaklumkan oleh anaknya.
Suspek berpura-pura seperti biasa dan siap melintasi depan ibu dan anak kecil berkenaan sebelum meninggalkan butik berkenaan.
"Saya tak kisah apa yang netizen mahu katakan dan ini memang pengajaran buat saya dan ibu bapa yang lain agar tidak memakaikan barang kemas pada anak kecil lagi.

"Saya tak kisah emas itu diragut tetapi anak saya trauma disebabkan peragut itu," katanya. 

Jelas Bibiana, dia terpaksa memuat naik video berkenaan di laman sosial agar si pelakunya ditangkap dan itu saja cara untuk mengajar penjenayah seperti itu. - The Reporter
loading...

0 Response to "(Video) Muka Lawa Tapi Peragut"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close